fb fb fb fb fb

Ema Fazuana juara 'Sumbang ke Bimbang' Selangorfm

Ema Fazuana Mehat dan Noriza Salleh

SHAH ALAM, 17 Februari- Lagu "Cinta" nyayian asal penyanyi Marsha Milan Londoh membawa tuah kepada Ema Fazuana Mehat.

Ema Fazuana dinobatkan sebagai juara bagi program "Kemuncak Karaoke Sumbang ke Bimbang Selangorfm 2024" yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

Dengan kemenangan itu, dia membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala, sijil dan hadiah iringan yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Selangor, Noriza Salleh.

"Pertandingan yang saya masuk di "Sumbang ke Bimbang" ini (terdiri daripada) peserta hebat-hebat, daripada otai hingga anak muda.

"Jadi saya tidak target (jangka) pun untuk dapat nombor satu, sebab kita (saya) tak rasa pun kita ni bagus, ada lagi yang lagi bagus daripada kita, jadi saya tak target apa-apa," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Naib juara pula dimenangi oleh Nur Azzuan Zainudin yang membawa lagu "Suara Khalifah", manakala tempat ketiga dimenangi Mohd Faizul Azmi menerusi lagu "Bayang".

1702 SELANGORFM JUARA KARAOKE 2
Barisan peserta "Kemuncak Karaoke Sumbang ke Bimbang Selangorfm 2024"

SITI AISHAH BINTI MD ISA