fb fb fb fb fb

Konsert DATO’ M.N46IR CIPTA 3 gegarkan Axiata Arena September ini

Datuk M.Nasir/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Julai– Konsert DATO’ M.N46IR CIPTA 3 bakal menggegarkan Axiata Arena, Kuala Lumpur pada pukul 8.00 malam, 27 September ini, menerusi konsep “Malam Ini Gua Rock” yang menandakan pelengkap trilogi konsert ciptaan legenda muzik tanah air itu.

Konsert itu mengetengahkan rangkaian lagu-lagu rock ciptaan dan nyanyian Datuk M.Nasir yang sarat dengan nostalgia dan pengaruh besar dalam landskap muzik tempatan.

Menurut Datuk M.Nasir, konsert kali ini menjanjikan sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dipersembahkan sebelum ini.

"Saya harap konsert ini lebih hebat daripada konsert sebelum ini. Ia adalah satu keraian. Keraian dengan gaya rock," katanya dalam sidang media yang berlangsung di sini.

Konsert itu akan menampilkan karya-karya ikonik seperti Pawana, Intanku Kesepian, Sejati serta deretan lagu rock terkenal lain ciptaan beliau termasuk kisah-kisah di sebalik setiap lagu bersama kumpulan legenda seperti Wings dan Search.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM