PUTRAJAYA, 24 Jun- Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti berlangsung dalam suasana meriah dan penuh emosi; menyentuh hati peminat yang hadir, Ahad lalu.
Lagu-lagu seperti Menghitung Hari, Mencintaimu, Cubalah Untuk Setia, Cahaya, dan Hati Ini Telah Dilukai membangkitkan semula nostalgia indah buat para peminat.
Keakraban antara Krisdayanti dan peminat jelas terpancar sepanjang konsert, diserikan lagi dengan sorakan dan nyanyian bersama yang mengiringi hampir setiap lagu.
Kehadiran istimewa penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut menambah makna dan keistimewaan malam tersebut.
Turut memeriahkan pentas ialah penyanyi Mimi Fly yang tampil membuat persembahan.
Kali terakhir Krisdayanti mengadakan konsert di negara ini ialah menerusi Konsert Romansa Krisdayanti yang berlangsung lapan tahun lalu.