KEMAMAN, 13 Oktober- Komposer Wan Zul atau nama sebenarnya Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani yang dilapor kritikal sejak beberapa hari lalu, meninggal dunia di Hospital Kemaman, Kuala Terengganu pukul 2.30 pagi tadi.
Komposer lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim itu meninggal dunia pada usia 61 tahun.
Berita pemergian komposer terkenal itu dikongsi adik Allahyarham, Che Wan Zuhaini menerusi aplikasi Whatsapp.
Tambahnya lagi, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kijal, Kemaman.
Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman sejak 2 Oktober lalu akibat kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Allahyarham Wan Zul
Allahyarham meninggalkan isteri , Tengku Siti Famah dan dua anak.
Semasa hayatnya, Allahyarham merupakan pencipta lagu-lagu malar segar nyanyian Kumpulan Iklim seperti Aduhai Seribu Kali Sayang, Kerana Takdir dan Biografi Cinta Luka. Selain itu, Allahyarham turut mencipta beberapa lagu popular seperti Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan nyanyian Damasutra dan banyak lagi.