(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin)
KUALA LUMPUR, 18 September- Teater adalah khazanah bangsa yang perlu diraikan dan diangkat ke persada antarbangsa .
Buat julung kalinya naskah berbentuk skrip drama dan syair digabungkan dalam pementasan berkisahkan kisah epik peperangan dalam Teater syair Setanggi Ratna Inderapura.
Turut hadir menyaksikan dan menrasmikan pelancaran naskah Setanggi Ratna Inderapura, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Dalam ucapannya Datuk Zahidi menyifatkan Setanggi Ratna Inderapura bukan sekadar persembahan tetapi ia umpama perjuangan dengan takdir modenisasi bagi menjulang martabat bangsa.
“Nilai seninya tinggi dan kita lihat bahawa pengarah ini juga membuat banyak kajian bukan sahaja syair tentang Sastera Melayu yang perlu ditonjolkan kepada masyarakat terutamanya anak muda pada hari ini.
“Kita telah berbincang dengan pihak Finas dan pengarah teater ini, kalau boleh kita hendak filemkan supaya kita tonjolkan tentang ada benda seperti syair, nazam semangat patriotik dan kalau boleh kehebatan Sultanah Pahang pada masa dahulu tentang kepahlwananya yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa” katanya.
Sementara itu , bagi Penulis dan Pengarah Setanggi Ratna Inderapura Syahidatul Munirah Badrul Munir, beliau berharap pementasan teater ini dapat menyuntik rasa bangga dan semangat cintakan negara dalam setiap jiiwa anak muda.
“Apa yang perlu saya ceritakan kepada anak bangsa ialah kita memiliki senjata yang sangat banyak, jadi dalam pementasan itu tadi, sebab sebelum ini anak bangsa kita merasakan malunya jadi Melayu sebab kita tidak hebat tapi bila mereka tahu cerita ini mereka akan tahu betapa hebatnya negara bangsa mereka,” katanya.
Pementasan Setanggi Ratna Inderapura merupakan kerjasama Dewan Pustaka dan Pustaka (DPB) serta pelajar Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia (UUM).
(Pementasan Teater Syair Setanggi Ratna Inderapura)