fb fb fb fb fb

Ketajaman penyudah perlu buat skuad Kim Swee hadapi PJ City FC


KOTA KINABALU, 9 Mac- Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee akan memastikan pasukan kendaliannya memperbaiki ketajaman penyudah bagi memastikan skuad berkenaan mampu mempertingkat usaha supaya tidak berputih mata.

Kim Swee menganggap, penyudah yang cemerlang merupakan elemen paling penting menghadapi PJ City FC di Stadium Likas, malam ini.

Katanya, kekalahan kepada Negeri Sembilan FC sebelum ini perlu dianggap sebagai pengajaran berguna buat anak-anak buahnya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan pemain agar tidak memandang rendah kemampuan PJ City walaupun mereka bermain tanpa pemain import.

“Kita tahu pasukan PJ City FC sudah bersama-sama lebih kurang tiga tahun dengan pemain yang sama dan mereka membuktikan walaupun beraksi tanpa pemain import mereka mampu bermain dengan cemerlang.

“Sudah tentu ini merupakan satu tugasan yang lebih mencabar dan saya percaya pasukan PJ City merupakan satu pasukan yang cukup baik walaupun tanpa pemain import," katanya

(Datuk Ong Kim Swee)


Aksi terakhir Sabah bertemu PJ City adalah pada peringkat kumpulan Piala Malaysia apabila kemenangan berpihak kepada Sabah 1-0.

Turut berlangsung malam ini pertemuan JDT menentang Sarawak United FC manakala KDA FC menerima kunjungan K

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan segelintir penyokong kelab itu yang mengatakan beliau mengamalkan sikap ‘pilih kasih’ dalam pemilihan pemain bagi mengharungi saingan Liga Super.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kemampuan setiap pemain akan dinilai sebelum disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan bagi menghadapi sesuatu perlawanan.

“Apabila saya menubuhkan satu pasukan baharu Sabah FC, sebenarnya tidak timbul soal isu yang mana saya harus menurunkan pemain tempatan ataupun pemain daripada mana sekalipun.

"Apa yang penting bagi saya, jika mereka mampu beraksi sebagai kesebelasan utama mereka tetap akan diturunkan dan setiap pemain yang diturunkan mereka bukan beraksi untuk diri sendiri.

“Tetapi mereka memakai lencana kebanggaan di dada iaitu Sabah FC dengan memastikan mereka mampu mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Saya tidak nampak ini merupakan sebagai satu isu utama kecuali ada segelintir dalam kalangan mereka sengaja untuk menimbulkan masalah ini sehingga mengganggu perjalanan pasukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan segelintir penyokong Sabah FC selepas beliau tidak menyenaraikan pemain tempatan dalam aksi pertama Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Likas Jumaat lalu.

Media Baharu