fb fb fb fb fb

Kembara Showcase Amal MADANI Jiwa Malaysia, bantu insan memerlukan

Ia yang telah bermula di selatan tanah air pada 26 Januari lalu akan terus dianjurkan ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

SHAH ALAM, 9 Februari- Program muzikal dikenali Kembara Showcase Amal MADANI Jiwa Malaysia bakal diadakan di seluruh negara bagi membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.

Menurut Pengerusinya, Datuk Syaiful Bahrim, showcase berkenaan bermula dalam skala kecil dan mendapat maklum balas positif daripada banyak pihak

"Idea berkenaan tercetus apabila kita sedia maklum ramai orang di luar sana yang memerlukan bantuan-bantuan segera, daripada segi sokongan moral, kami bertindak sebagai membantu sekadar yang boleh seperti menghulurkan daripada segi barang-barang, kewangan dan juga bantuan-bantuan asas," kata Syaiful kepada pemberita di sini.

Keprihatinan itu turut mendapat sambutan dan sokongan baik daripada  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Siti Mariam Abdul Rashid yang bertindak sebagai penaung.

"Ini saya rasa amat tertariklah, dengan cara mereka. Mereka turut menghiburkan masyarakat dalam masa yang sama mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan. Itu yang menarik perhatian saya. Jadi kita nampak sudah tentu kekangan dana mereka sangat terhad, dengan cara begitu sahaja dapat mengumpulkan dana. Jadi saya menyokong untuk mereka membuka lagi ruang-ruang kepada kenalan-kenalan saya terutama ahli politik, Ahli Parlimen dan kita boleh bawa kepada pihak menteri, malah kepada kebajikan dan sebagainya.Insya-Allah, itulah usaha saya," kata Siti Mariam.

Program amal itu turut dibarisi pengiat-pengiat muzik yang lain.

Misi program kembara amal itu turut mendapat sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri untuk diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Ia yang telah bermula di selatan tanah air pada 26 Januari lalu akan terus dianjurkan ke negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM