BANGI, 27 Mac- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia mempertimbangkan untuk sukan catur dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa akan datang.
Jelas Timbalan Menteri KBS, Datuk Seri Ti Lian Ker, sukan berkenaan semakin berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi dan juga masih dapat berlangsung ketika era pandemik COVID-19.
Jelas Datuk Seri Lian Ker, cadangan berkenaan akan disampaikan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang dianggotai wakil semua 14 negeri.
"Saya akan lihat perkara ini dan saya akan cari maklumat berhubung cadangan ini bersama dengan persatuan catur. Kita mungkin akan uruskan secepat mungkin supaya sukan catur ini mendapat pengiktirafan yang sepatutnya," kata Lian Ker kepada pemberita RTM selepas merasmikan Kejohanan Terbuka Catur Rapid 2022 Herosifu Chess Academy, di sini.
(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker merasmikan Kejohanan Terbuka Catur Rapid 2022
Herosifu Chess Academy di Hotel Tenera, Bangi/FBMENTERI)
Beliau yang juga pernah mewakil MSSM dalam sukan berkenaan berharap belia bermain sukan itu secara riadah bagi membantu melatih meningkatkan tumpuan.