fb fb fb fb fb

'Kasih Tersayang' hadiah kematangan Shatirah Amanda

Shatirah Amanda

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Shatirah Amanda, 25 mula mengorak langkah dalam bidang nyanyian dengan 'Kasih Tersayang' yang merupakan karya sulung yang dicipta sepenuhnya anak kelahiran Kelantan itu.

Lagu dengan genre pop itu mempamerkan keunikan vokalnya selain mencabar 'stereotaip' masyarakat tentang cinta.

Baginya, kasih abadi wujud dalam pelbagai bentuk dan tidak terhad kepada situasi romantik semata-mata.

Shatirah Amanda yang kini bawah naungan Syarikat SA International, nyata tidak putus asa untuk memperjuangkan karier sebagai penyanyi.

"Saya sangat yakin dengan masa depan saya bersama SA International. Saya berazam untuk bekerja lebih keras dan menghasilkan karya bermutu tinggi yang relevan dengan industri muzik semasa," katanya.

Ketika berkongsi pengalaman menerbitkan 'Kasih Tersayang', Shatirah Amanda memberitahu bahawa dia sangat teruja dan agak berdebar untuk melihat reaksi peminat musik tanah air.

Meskipun sering menerima tawaran lakonan, Shatirah Amanda tidak kesal menolak beberapa tawaran demi memberi fokus penuh kepada kerjaya nyanyian.

"Saya tidak menolak berlakon selamanya kerana activiti saya sebelum ini lebih bnyak menonjolkan diri sebagai pelakon. Kalau ada watak yang sesuai dan tidak ganggu jadual nyanyian, saya terbuka. Tapi sekarang fokus utama saya adalah membina nama dan dikenali sebagai penyanyi," tambahnya.

Heroin Filem Marak itu juga berharap agar percubaannya membawa konsep dan genre berbeza akan diterima baik.

"Saya berharap lagu-lagu saya kali ini membuka lebih banyak peluang, termasuk untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa satu hari nanti," katanya menutup bicara.

Lagu berkenaan boleh dimuat turun dan didengari di semua platform media sosial.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI