KUALA LUMPUR, 18 Jun–Festival Muzik OOO 2025 bakal berlangsung pada 1 Julai ini di ibu negara.
Ia menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Noh Salleh, MASDO, Bunga, Luqman Podolski, Zynakal, Tuju, Naki, empty page, Iman Troye, FUGŌ, Jo Vynn, Priscilla Abby dan Steady Gang.
Vokalis MASDO, Ali Sariah berkata festival itu bukan sekadar pentas hiburan, malah menjadi medan "panas badan"menjelang konsert berskala besar mereka sempena sambutan satu dekad dalam industri muzik pada 30 Ogos ini.
"Kami rasa teruja untuk menyertai Festival Muzik OOO 2025 kerana barisan artis yang terlibat sangat hebat dan berpengaruh dalam industri.
"Rugi kalau tak turut serta. Ini pentas pemanas enjin sebelum kami gegarkan konsert sendiri nanti.
"Insya-Allah, ada kejutan yang akan kami umumkan kepada peminat yang hadir,” katanya di sini.
Festival itu akan berlangsung dari pukul 6.00 petang hingga 11.30 malam, dan turut dimeriahkan dengan pelbagai gerai jualan serta pameran interaktif.