fb fb fb fb fb

Karyawan sokong usaha pencarian bakat baharu tempatan

Datuk Freddie Fernandez

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) komited menyokong usaha semua pihak dalam melahirkan bakat-bakat tempatan melalui Program Kita Untuk Kita Idol (K2K Idol).

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia Datuk Freddie Fernandez berkata, K2K Idol memainkan peranan penting dalam memupuk bakat-bakat daripada komuniti perumahan awam dengan sokongan daripada rakan strategik yang banyak membantu dalam inisiatif program ini.

"Macam dewan ini pun ditaja dan sebagainya. JDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Think City, Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi, MyCreative Ventures.

"Semua ini telah menyumbang yang terbaik dan ini merupakan satu kerjasama bersama," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu Pengarah Program Kita-untuk-Kita (K2K)Dr. Shahridan Faiez, menerusi K2K Idol ia merupakan platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu daripada komuniti perumahan awam, selain menjadikan seni dalam memperkukuh ikatan komuniti.

"Jadi apa yang kita cuba buat, ialah untuk melalui program K2K Idol dan aktiviti-aktiviti lain, yang boleh bersama-sama menyatukan komuniti supaya mereka boleh transformasi PPR dalam daya huni mereka," katanya.

1808 KARYAWAN INISIATIF 2Dayana Ahmad

Bagi Juara K2K Idol Dayana Ahmad, program itu merupakan peluang terbaik untuk bakat-bakat baru mempamerkan kebolehan masing-masing.

"Program ini memang bagus, sebab ini merupakan peluang kepada bakat-bakat baru untuk mempamerkan kebolehan yang dimiliki.

"Ia sekali gus menunjukkan kepada umum bakat di kawasan PPR ini bukan biasa. Alhamdulillah, kemenangan ini milik saya," katanya.

K2K Idol mempamerkan 10 finalis dari 10 PPR di Lembah Klang dengan pelbagai genre muzik dan gaya persembahan yang unik, mencerminkan kepelbagaian bakat yang wujud dalam kalangan komuniti itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI