fb fb fb fb fb

Telefilem “Hari Ini Semalam”, kerjasama RTM-DBP khas Hari Kebangsaan

Telefilem “Hari Ini Semalam”, kerjasama RTM-DBP khas Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Telefilem “Hari Ini Semalam” sebuah naskah kerjasama antara RTM dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mengangkat karya sastera yang bermutu tinggi ke layar perak, bertemakan sambutan Hari Kebangsaan.

Telefilem ini akan disiarkan mengisi slot Panggung RTM pada 31 Ogos, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1 dan RTMKlik.

Pengarah Unit Drama TV RTM, Wan Mohd Afzam Wan Daud memaklumkan telefilem terbaharu “Hari Ini Semalam” menghadapi banyak kekangan terutamanya masa, pemilihan pelakon, lokasi dan skrip.

"Kerana persediaan yang lebih terhadap penyelidikan dalam usaha menterjemahkan karya puisi hebat ini ke drama", katanya menerusi satu kenyataan.

Tempoh masa dua tahun diambil bagi memastikan karya adaptasi daripada dua buah puisi, iaitu karya Sasterawan Negara, Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain) berjudul Pilihan Usia dan Masa oleh Dato' Rahman Shaari ini berjaya disiapkan.

"Realitinya dua puisi istimewa ini terpilih daripada 12 yang dicadangkan pemilihannya pada peringkat asal", kata RTM dalam kenyataan.

Telefilem ini menampilkan lakonan mantap Iedil Dzuhrie Alaudin watak Amrin, Kathy Azean (Jamilah), Amerul Affendi (Jabar), Raif Irfan (Saat), Jay Iswazir (adik Jamilah) dan Hamsini.

RTM dan DBP pernah bekerjasama dalam menghasilkan drama bertajuk Sesekali (2019), Pendoa yang Ikhlas (2019), Capa Rengat Gulai Rawo (2021), Jabat Erat-Erat (2022) dan Pekan Kecil Kampung Terpencil (2023).

Terdahulu berlangsungnya majlis pratonton telemovie “Hari Ini Semalam” bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hari ini.

ROSLINA BINTI DIN