fb fb fb fb fb

Karya anak tempatan ke Festival Filem Locarno

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Satu lagi karya anak tempatan tercalon pada festival filem berprestij dunia bagi anugerah utama, ‘Golden Leopard’.

Filem terbaharu Woo Ming Jin ‘Stone Turtle’, dipilih ke Pertandingan Utama ‘Concorso Internationale’ di Festival Filem Antarabangsa Locarno, Switzerland yang akan bermula 3 hingga 13 Ogos ini.

Buat kali pertama dalam sejarah, sebuah filem berbahasa Melayu akan bertanding di festival tersebut, yang merupakan antara 5 festival filem paling berprestij di dunia.

Selain bertanding untuk anugerah utama, Woo Ming Jin turut bertanding untuk anugerah Pengarah Terbaik, manakala kedua-dua pelakon utamanya Bront Palarae dan bintang Indonesia Asmara Abigail masing-masing akan bertanding untuk anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.

(Stone Turtle dibintangi Bront Palarae)

Stone Turtle merupakan filem 'thriller dramatic' yang menggabungkan aksi langsung dan animasi, mengisahkan kembara masa seorang wanita dan lelaki di Pantai Timur.

Diterbitkan oleh Greenlight Pictures, penggambaran bermula di Terengganu selama sebulan pada Januari lalu.

Filem tersebut turut dibintangi Amerul Affendi, Maisyarah Mazlan, Samara Kenzo dan Alison Khor.


(Stone Turtle merupakan filem 'thriller dramatic' yang menggabungkan aksi langsung
dan animasi, mengisahkan kembara masa seorang wanita dan lelaki di Pantai Timur)

Media Baharu