SHAH ALAM, 6 Julai – Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM), Muhammad Iman Zainurin, menamatkan zaman bujangnya hari ini apabila selamat diijab kabul dengan pilihan hati, Wan Zainatul Fathiah Wan Zin.
Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 10.00 pagi di rumah Abang Jamil di Shah Alam, dalam suasana penuh adat dan tradisi Melayu.
Majlis turut diserikan dengan paluan kompang serta upacara menaiki pelamin yang berunsurkan elemen kemelayuan.
“Terima kasih RTM yang sudi hadir ke majlis perkahwinan saya. Mungkin selepas ini, dengan adanya isteri, saya akan lebih fokus kepada kerjaya demi keluarga tercinta,” katanya.
Majlis tersebut turut dihadiri lebih 1,000 tetamu, termasuk dan rakan-rakan sekerja.