fb fb fb fb fb

Johor sedia sewa fasiliti sukan kepada negeri lain

JOHOR BAHRU, 27 Mac - Kerajaan Johor terbuka untuk menyewakan fasiliti milik Majlis Sukan Negeri bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) kepada negeri-negeri lain.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata langkah tersebut merupakan satu pelan jangka masa panjang yang dirangka sekretariat SUKMA dan Majlis Sukan Negeri.

(Mohd Hairi Md Shah)

Jelas beliau, kadar sewaan bagi fasiliti tersebut akan diumumkan kelak selain bakal dibincangkan bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Dalam pada itu, pihaknya juga berhasrat membuka lebih banyak fasiliti sukan untuk kegunaan orang ramai terutama ketika negara memasuki fasa endemik, 1 April ini.

"Sebab itu adalah fasiliti untuk umum, kenapa kita hendak tutup. Kita tidak akan jadikan projek itu sebagai gajah putih. Apa yang kita boleh gunakan untuk rakyat dan semua sedia maklum kita ke fasa endemik 1 April ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Iskandar Puteri, Johor.

Sehingga kini, antara fasiliti sukan yang dibuka kepada umum ialah Velodrom Johor di Iskandar Puteri yang menerima 50 pengunjung hari ini.

Media Baharu