PUTRAJAYA, 5 Jun - Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal) menafikan dakwaan bahawa pembatalan konsert (G)I-DLE dan BamBam Live in Malaysia disebabkan kegagalan mendapatkan kelulusan daripada jawatankuasa berkenaan.
Dalam kenyataan, JK-Puspal memaklumkan berdasarkan rekod, kelulusan pra-permohonan bagi penganjuran konsert tersebut telah diperoleh pada 28 April lalu.
“Keputusan pembatalan konsert ini adalah berdasarkan permohonan daripada pihak penganjur setelah mengambil kira justifikasi dan kepentingan semua pihak.
“Dalam hal ini, pihak penganjur perlu membuat persiapan rapi, termasuk mendapatkan kelulusan awal daripada pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat sebelum menganjurkan sebarang konsert melibatkan artis antarabangsa ternama seperti ini, yang tertakluk dalam Garis Panduan Puspal (GPP),” menurut kenyataan itu.
Maklumat lanjut berkaitan GPP boleh didapati dengan melayari laman sesawang Puspal atau menghubungi Puspal di talian 03-8911 5356/5384 atau e-mel ke