KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025 – Kumpulan balada terkenal dari Indonesia, Dadali, bakal mengubat rindu peminat Malaysia menerusi konsert eksklusif bertajuk “Sebuah Kisah Volume 1” yang akan berlangsung pada Sabtu, 5 Julai 2025, di Zepp Kuala Lumpur, bermula pukul 9.00 malam.
Dikenali sebagai “King of Sad Song”, Dadali akan mengalunkan rangkaian lagu hits mereka yang sarat dengan emosi dan kisah cinta, antaranya “Di saat Aku Mencintaimu”, “Di saat Aku Tersakiti”, “Di saat Sendiri”, dan “Sebuah Kisah”.
Lebih istimewa, konsert akan turut menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Ronnie Hussein, sebagai artis jemputan, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan dan kehangatan malam penuh kenangan itu.
Tiket dijual pada harga RM188 hingga RM258, mengikut kategori tempat duduk. Kategori VIP BOX berharga RM588 turut disertakan dengan sesi eksklusif Meet & Greet bersama artis.
Orang ramai boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi www.myticketempire.com.
Pembelian juga boleh dibuat secara ansuran menerusi Atome, SPayLater, dan Grab PayLater – memudahkan peminat merancang bajet mengikut kemampuan masing-masing.
Konsert ini dianjurkan oleh Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media, dan BIZCreations, dengan sokongan Tourism Malaysia, sebagai sebahagian daripada kempen Visit Malaysia 2026.
Penganjuran tersebut dilihat sebagai langkah memperkukuh industri pelancongan dan hiburan tempatan menerusi sokongan terhadap acara antarabangsa.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang bakal mencipta “sebuah kisah” baharu dalam hidup anda!