fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Jennie BLACKPINK lancar single solo 'You & Me' Jumaat ini

(FOTO YG ENTERTAINMENT)

SEOUL, 4 Oktober- Jennie Kim daripada kumpulan K-pop, BLACKPINK akan melancarkan single solo terbarunya berjudul 'You & Me' pada Jumaat ini.

Single terbabit telah dipersembahkan oleh Jennie pada konsert jelajah dunia, 'Born Pink World Tour' kumpulan itu baru-baru ini.

Pelancaran secara rasmi 'You & Me' tersebut menandakan ia adalah single solo Jennie dalam tempoh lima tahun.

Jennie melancarkan debut solonya menerusi lagu berjudul 'Solo' pada 2019.

Kesemua ahli BLACKPINK turut telah mengeluarkan muzik solo masing-masing.

Rosé dan Lisa membuat debut solo mereka pada tahun 2021, diikuti Jisoo pada Mac 2022.

Sejak debut mereka pada tahun 2016, BLACKPINK telah menjadi antara kumpulan gadis paling berjaya di dunia.

Kuartet itu adalah kumpulan K-pop pertama yang menjadi tajuk utama di festival Coachella dan British Summer Time, selain kumpulan gadis K-pop pertama yang memenangi Video Music Awards (VMA), serta telah bekerja dengan barisan artis terkemuka seperti Lady Gaga, Selena Gomez, dan Cardi B.

Dalam pada itu, Jennie juga membuat debut lakonannya di bawah nama pentas 'Jennie Ruby Jane' menerusi rancangan HBO bertajuk The Idol yang dibintangi bersama Lily-Rose Depp, Abel 'The Weeknd' Tesfaye, dan penyanyi, Troye Sivan. -Reuters