fb fb fb fb fb

Jang Dong Woo temui peminat 15 Ogos ini

Jang Dong Woo akan mengadakan konsert 'fan meeting' pertamanya di Malaysia pada 15 Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 17 Jun -Bintang serba boleh dan anggota kumpulan K-POP terkenal INFINITE, Jang Dong Woo, bakal kembali ke Kuala Lumpur. Namun, kali ini sebagai artis solo.

Beliau akan mengadakan konsert 'fan meeting' pertamanya di Malaysia menerusi 2025 Jang Dong Woo Fan-Con Tour Connection In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos 2025, 8 malam di ibu negara.

Acara tersebut menjanjikan sebuah malam penuh emosi dengan persembahan eksklusif, sesi interaksi bersama peminat, dan pengalaman mendalam yang meraikan hubungan istimewa antara Dong Woo dan para peminatnya.

Sejak debut bersama INFINITE pada tahun 2010, Dong Woo dikenali sebagai salah seorang ahli paling ‘bertenaga’ dan serba boleh dalam kumpulan tersebut. Beliau menyumbang besar kepada kejayaan INFINITE menerusi lagu-lagu hit seperti "BTD", "The Chaser"dan "Last Romeo".

Pada tahun 2019, Dong Woo tampil dengan album solo pertamanya bertajuk “BYE”, mengandungi tujuh lagu dengan pelbagai gaya muzik; daripada rap bertenaga dan irama rancak hinggalah ke melodi introspektif yang menyentuh hati.

Tour CONNECTION menjelajah ke lima bandar utama iaitu Seoul, Taipei, Kuala Lumpur, Manila dan Hong Kong, di mana setiap lokasi menawarkan pengalaman intim bersama peminat melalui persembahan bertenaga dan interaksi bermakna.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE