fb fb fb fb fb

Ismail Izzani berazam kembali warnai industri muzik

Ismail Izzani / Foto Instagram Ismail Izzani

KUALA LUMPUR, 28 Disember - Penyanyi terkenal, Ismail Izzani berhasrat untuk memulakan semula perjalanan seninya pada tahun 2025 selepas dua tahun menyepi daripada industri hiburan.

Pelantun lagu Luar Biasa itu menegaskan fokusnya kini tertumpu kepada penghasilan karya muzik yang lebih bermutu untuk peminat.

"Matlamat saya untuk 2025 adalah memulakan semula karier muzik saya, dan Insya-Allah, saya akan hasilkan lebih banyak muzik untuk semua peminat.

"Saya sentiasa ingatkan diri sendiri untuk menjadi individu yang lebih baik. Matlamat utama tahun depan ialah mencipta muzik yang boleh dikongsi dan menghiburkan orang, baik di Malaysia mahupun di luar negara," katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran The Imanpiano 2.0 di Aquaria, baru-baru ini.

Dalam usaha membina kembali kerjaya seninya, Ismail turut berazam untuk memperbaiki diri dan mengelakkan sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan perjalanan seninya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN