KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Album sulung dinanti-nantikan 'I Barely Know Her' yang juga merupakan album debut daripada sombr bakal dilancarkan pada 22 Ogos depan.
Ia selepas kejayaan luar biasa penyanyi berusia 20 tahun itu sepanjang tahun 2025 dengan rekod carta memberangsangkan serta siri konsert jelajah arena yang habis terjual di seluruh dunia.
I Barely Know Her akan dilancarkan sebelum konsert jelajah Amerika Utara dan diterbitkan bersama penerbit legenda, Tony Berg.
Selain itu ia turut mendapat kerjasama daripada Phoebe Bridgers, Boy Genius, The Replacements, Aimee Mann dan Michael Penn.
sombr turut disenaraikan dalam Billboard 21 Under 21, yang mengiktiraf artis muda paling berpengaruh dalam industri muzik.
Mengulas mengenai perkembangan seninya, sombr seronok apabila mendengar lagunya sering dimainkan oleh ramai peminat muzik.
"Rasa seronok bila dengar suara sendiri semakin dikenali. Belajar nyanyian klasik mengajar saya cara mendapatkan apa jua bunyi yang saya mahukan. Saya sangat bersemangat untuk terus berkarya untuk peminat.
"Saya memang meminati bidang seni dan keupayaan diri akan digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan sesuatu karya. Saya harap karya yang dihasilkan ini akan terus menemani peminat muzik dan menggembirakan lebih ramai pendengar," katanya.