fb fb fb fb fb

Hype Republic himpun pelbagai genre muzik popular, kontemporari

Barisan artis yang akan membuat persembahan pada Konsert Hype Republic

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Peminat muzik tanah air bakal disajikan dengan sebuah Konsert Hype Republic berskala mega akan berlangsung pada 13 Disember di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Konsert berkenaan akan menghimpunkan pelbagai genre popular dan kontemporari seperti EDM, hip-hop, pop, K-Pop, J-Pop, alt-indie dan banyak lagi.

Selain itu ia juga merupakan platform unik yang meraikan cita rasa muzik pelbagai lapisan peminat.

Antara barisan artis yang bakal menggegarkan pentas konsert berkenaan termasuk Kmy Kmo & Luca Sickta, Luqman Podolski, Yonnyboii, Zynakal, Bunga, Zubir Khan, K.O.I, serta seorang lagi artis kejutan yang akan diumumkan kelak.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI