fb fb fb fb fb

Grimes suka AI guna suaranya asal dapat royalti

(Penyanyi Kanada, Grimes)

NEW YORK, 25 April- Penyanyi Kanada, Grimes menyatakan pada Isnin bahawa dia tidak mempunyai masalah andai suaranya digunakan untuk lagu yang dijana teknologi kecederasan buatan AI, asalkan dia mendapat separuh daripada royalti.

Penulis lagu, penerbit dan penghibur berusia 35 tahun itu berkata dalam catatan Instagramnya bahawa suaranya boleh digunakan pada mana-mana AI, dengan separuh bayaran royalti sama seperti ketika dia bekerjasama dengan mana-mana artis.

"Jangan ragu-ragu untuk menggunakan suara saya tanpa penalti," kata Grimes dalam catatan di akaun Instagramnya.

"Saya akan membahagikan 50% royalti pada mana-mana lagu hasil AI yang menggunakan suara saya."

Grimes menambah bahawa dia tidak terikat dengan label rakaman dan boleh mengekalkan tawaran itu.

Catatan penyanyi itu mengandungi rujukan kepada berita tentang AI digunakan untuk meniru penyanyi Kanada Drake dan The Weeknd.

Penggunaan AI dalam muzik menjadi subjek perdebatan dalam industri, dengan sesetengahnya mengecam penyalahgunaan hak cipta dan yang lain memuji kehebatannya.

Grimes ialah bekas pasangan boss Tesla Elon Musk, yang mempunyai dua anak bersama, termasuk seorang daripada ibu tumpang.

Musk dalam pada itu telah menggelar AI sebagai ancaman kepada manusia namun pada masa yang sama melabur dalam teknologi itu.-AFP


(Penyanyi Kanada, Grimes)

Media Baharu