fb fb fb fb fb

Perlumbaan F1 buka tirai Jumaat ini di Bahrain

KUALA LUMPUR, 16 Mac- Musim baharu saingan Formula Satu (F1) semakin hampir untuk membuka tirai di lokasi pertama, Bahrain, yang kini sudah bersiap sedia menjadi gelanggang perlumbaan hujung minggu ini.

Persaingan pemenang tahun lalu, Max Verstappen dan juara dunia 7 kali, Lewis Hamilton bakal sekali lagi menjadi tumpuan.

Hamilton yang kecewa susulan gagal meraih gelaran rekod kelapannya musim lalu sudah pasti tidak mahu hampa sekali lagi.

Pelumba Britain itu menduduki tempat kedua, tewas dengan hanya 8 mata.

(Gelanggan pertama perlumbaan F1 bermula di Bahrain pada 18 Mac ini - REUTERS)


Bagi Verstappen pula, dia amat berpuas hati dengan usaha pasukan Red Bull untuk menambah baik prestasi jenteranya yang diyakini mampu terus memberi cabaran buat Mercedes.

Pasukan lain yang dijangka mampu memberi saingan musim ini adalah Ferrari selepas beberapa tahun tenggelam dengan masalah prestasi.

Pasukan dari Itali tidak pernah menang sebarang perlumbaan sejak 2019 dan kali terakhir memenangi kejuaraan dunia pada 2008.

Kemenangan pertama di Litar Antarabangsa Bahrain Ahad ini sudah pasti akan menjadi penentu momentum mereka menjelang perlumbaan-perlumbaan seterusnya.

Media Baharu