fb fb fb fb fb

Farha dari Selangor Juara Bintang Kecil RTM 2024

Nurfarina Farha Abdul Zahir dari Selangor membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi, sijil, dan hadiah iringan

KUCHING, 22 September – Nurfarina Farha Abdul Zahir dari Selangor berjaya dinobatkan sebagai Juara dalam Kemuncak Bintang Kecil RTM 2024 setelah mengalahkan 13 peserta lain.

Nurfarina Farha mendendangkan lagu Ku Bersuara yang dipopularkan oleh Ernie Zakrie dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi, sijil, dan hadiah iringan.

Tempat Naib Juara pula dimenangi oleh Nur Ayu Raudhah Mohd Khaimi dari Negeri Sembilan, yang menerima hadiah wang tunai RM15,000, sijil, trofi, dan hadiah iringan.

Sementara itu, Mohammad Danish Rayyan Rahmad dari zon Sarawak meraih tempat ketiga dengan membawa pulang RM10,000 berserta sijil, trofi, dan hadiah iringan.

Peserta yang tidak berjaya di kedudukan teratas tidak pulang dengan tangan kosong, apabila pemenang hadiah saguhati masing-masing menerima wang tunai RM5,000.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting, diiringi Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Kemuncak Bintang Kecil 2024 turut diserikan dengan persembahan daripada artis jemputan seperti Aishah Retno dan kumpulan popular, Floor 88.

GRACE AISYAH KEDAYAN