KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Kumpulan Exists bakal mengubat kerinduan peminat-peminat di Sabah dan Sarawak melalui Konsert Exists Borneo Tour.
Konsert anjuran Urusan Menara Network itu akan membuka tirai di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) pada 17 Disember.
Vokalis Exists, Ezad Lazim berkata konsert akan diteruskan di Sabah International Convention Center, Kota Kinabalu pada 30 Disember.
Jelas Ezad, beberapa lagu Exists akan diberi sentuhan nafas baharu yang akan dipersembahkan khas pada konsert berkenaan.
"Hampir 20 tahun kumpulan ini tidak beraksi di pentas Borneo.
"Kami sebenarnya teruja dan memang telah lama mengimpikan konsert di negeri berkenaan.
"Semestinya kami tidak sabar untuk bertemu dengan peminat di Sabah dan Sarawak," kata Ezad kepada pemberita di sini.