fb fb fb fb fb

Badrul Muhayat dikebumikan di ibu negara

Allahyarham Badrul Muhayat

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Jenazah pelakon Badrul Muhayat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, 9.45 pagi tadi.

Jenazah dibawa ke Kuala Lumpur pada pukul 7.40 petang dan tiba di Masjid Al-Hidayah, Sentul pukul 12.00 tengah malam tadi diteman isterinya Norhayati Zulkapli, 50.

Jenazah dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan oleh lebih 100 jemaah termasuk rakan-rakan industri.

Allahyarham dikhabarkan meninggal ketika tidur di sebuah inap desa di Pulau Pinang, pagi semalam.

Difahamkan bekas peserta Hero Remaja tahun 1990 itu bersama-sama isterinya ke Pulau Pinang untuk karnival dianjurkan UDA Holdings Bhd (UDA) di Jalan Baru, Perai.

Antara selebriti tanah air yang hadir pada maialah Zed Zaidi (Presiden Seniman), Azhar Sulaiman, Azri Iskandar dan Didie Alias.

Badrul, 55, pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Norhayati.

Hasil perkahwinan sebelum ini dengan bekas isterinya Julia Daud memiliki dua cahaya mata.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI