GAMBAR FAIL
BERLIN, 3 Mac- Kelab bola sepak Bundesliga Borussia Dortmund berkata pada Rabu mereka telah menggugurkan keahlian kehormat bekas Canselor Jerman, Gerhard Schroeder kerana kaitannya dengan Rusia.
Dalam satu kenyataan, Dortmund berkata presiden kelab Reinhard Rauball memaklumkan sendiri kepada Schroeder menerusi satu perbincangan peribadi bahawa keahliannya telah ditarik balik.
Keputusan tersebut diambil oleh lembaga eksekutif kelab itu kerana hubungan rapat Schroeder dengan Rusia yang melakukan pencerobohan ke atas Ukraine.
Schroeder 77 tahun, yang merupakan Canselor Jerman dari 1998 hingga 2005, adalah kawan rapat Presiden Rusia Vladimir Putin.
(Schroeder dimaklumkan mengenai penyingkirannya oleh presiden kelab Reinhard Rauball/AFP)
Beliau adalah pengerusi kedua-dua lembaga Rosneft, syarikat minyak terbesar Rusia, dan pemegang saham jawatankuasa Nord Stream 2, iaitu projek kontroversi aluran paip gas Rusia-Jerman.
Schroeder dikatakan bakal menyertai lembaga penyeliaan gergasi tenaga negara Rusia, Gazprom pada bulan Jun.
Tidak seperti bekas pemimpin Eropah lain yang dikaitkan dengan kumpulan Rusia, seperti Francois Fillon dari Perancis atau Matteo Renzi dari Itali, Schroeder setakat ini enggan meletakkan jawatannya.- AFP