fb fb fb fb fb

Dian Hashim kembali dengan single kedua berjudul Petanda

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Di bawah label KRU Music, penyanyi yang mula dicungkil bakatnya melalui sebuah program realiti, Dian Hashim kembali dengan single kedua berjudul ‘Petanda’.

Jelas Dian, strategi dari pihak pengurusan KRU Music yang lebih tersusun kali ini dilihat mampu memahat namanya sebaris penyanyi-penyanyi baharu yang sedang mengorak langkah sepertinya yang sebelum ini mempertaruhkan single berjudul ‘ Aku Wanita’, dua tahun lalu.


(Dian Hashim dengan single keduanya berjudul Petanda)

Petanda hasil nukilan sepenuhnya dari komposer Neo namun turut mendapat sentuhan emas, Edry Abdul Halim dengan susunan lagu serta adunan muzik yang mantap dihasilkan di studionya di Manchester, England.

Lebih mengujakan Dian, ‘Petanda’ bakal dijadikan runut bunyi bagi sebuah filem berjudul ‘7 Minggu Sebelum Kahwin’ yang dterbitkan KRU Studios dan Bloombordia arahan Eira Rahman.

Single tersebut boleh distrim di semua platform digital, sementara video muzik akan ditayangkan di saluran Youtube KRU Music bermula 3 Jun 2022.

Media Baharu