fb fb fb fb fb

Danie, Nabila juara Bintang P. Ramlee 2024 Zon Tengah

Bintang P. Ramlee 2024 peringkat Zon Tengah

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Danie Hasbullah dan Nabila Mohammad dinobatkan sebagai juara Bintang P. Ramlee 2024 peringkat Zon Tengah yang diadakan di Cheras, malam tadi.

Selepas ini, kedua-dua juara itu akan berentap ke peringkat Kebangsaan pada November ini yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak.

Mendendangkan lagu ‘Mengapa Derita’, Danie Hasbullah berasa bersyukur kerana berpeluang sekali lagi untuk bertanding ke peringkat seterusnya.

"Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi diberikan peluang menjuarai Pertandingan Bintang P Ramlee peringkat Zon Tengah dan perasaan saya sekarang ini tidak dapat digambarkan, selain perasaan gembira", katanya.

Nabila Mohammad yang mempertaruhkan lagu ‘Kaca Menjadi Intan’ pula akan memastikan persiapan ke peringkat seterusnya dilakukan dengan sebaik mungkin.

"Persiapan itu saya tidak dapat nak cakap lagi, tapi insya-Allah saya sebenarnya sudah mengenali Danie sebelum ini, tetapi tidak pernah berduet. Saya rasa kami akan cuba untuk berbincang dengan lebih detail dan buat pemilihan lagu.

Selain Danie dan Nabila, 10 lagi peserta berentap pada malam tadi antaranya, Khairul Izuan Abdul Wahab, Suhaimi Ahmad, Julie Raymie Ab Razak dan Suriana Ab Wahab.

Pertandingan kali ini turut diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu Liza Hanim, Azlan and The Typewriter dan Musly Ramlee.

ROSLINA BINTI DIN