fb fb fb fb fb

China tayang dokumentari angkasa lepas pertama difilemkan dalam teknologi 8K

FOTO REUTERS

BEIJING, 27 Ogos - Tiket bagi dokumentari angkasa lepas pertama China yang dirakam dalam teknologi 8K oleh angkasawan di stesen angkasa negara itu mula dijual pada Selasa.

Filem terbitan China Media Group (CMG) berjudul Blue Planet outside the Window: A Glimpse of Space in 8K dijadualkan menemui penonton pada 5 September depan, sekali gus menjadi penampilan sulung animasi logo CMG di pawagam.

Rakaman dokumentari berkenaan dilakukan oleh kru Shenzhou-13 iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu sepanjang misi mereka selama 183 hari di stesen angkasa China dari Oktober 2021 hingga Mac 2022, yang merupakan misi terpanjang oleh angkasawan negara itu setakat ini.

Menggunakan kamera bersepadu 8K, 50fps dan full-frame, kru Shenzhou-13 dengan kerjasama pasukan di bumi merakam kehidupan seharian mereka di orbit dari perspektif Wang Yaping, termasuk eksperimen saintifik serta pemandangan unik Bumi dari angkasa.

Tayangan perdana dokumentari itu menjanjikan pengalaman visual luar biasa dengan perspektif pertama kehidupan dan tugasan di angkasa.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE