fb fb fb fb fb

Cempaka Melati, drama adaptasi novel pertama buka tirai 2024 di RTM

Menampilkan pelakon Syafie Naswip, Sharifah Husna dan Azrel Ismail

KUALA LUMPUR, 4 Januari - Drama adaptasi novel 'Cempaka Melati' karya Zahida Zarkasi akan menemui penonton setiap Isnin dan Selasa pukul 8.00 malam, menerusi TV2 dan strim RTMKlik.

Drama 26 episod arahan Amirul Fadhli itu menampilkan pelakon utama Sharifah Husna dan Azrel Ismail sebagai teraju utama.

Turut menampilkan pelakon Syafie Naswip, Eizlan Yusof, Zarynn Min, Dian P Ramlee, Kuza Muzani, Jasmin Hamid, Kay Maria juga Fathil Dani.

"Plot kisahnya tentang Cempaka Melati bekerja di sebuah tempat peranginan dan sejak kebelakangan ini sering mengalami kejadian misteri seperti namanya dipanggil, ternampak kelibat rakan sekerjanya secara misteri serta mimpi-mimpi aneh.

"Bukan sahaja itu, kini bekas teman lelakinya, Addin muncul bersama isterinya, Hana di tempat peranginan itu untuk berbulan madu. Namun Melati mengelakkan diri kerana dia enggan mengingati memori bersama lelaki itu," menurut Bahagian Perhubungan Awam, Radio Televisyen Malaysia dalam satu kenyataan.

TETITIA YUSOFF