AMPANG, 10 APRIL- Pandemik COVID-19 membuatkan penyanyi dan juga Rapper terkenal, Cat Farish mengimbau kenangan "tidak beraya" yang pernah dirasainya sebelum menjadi penghibur.
Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli berkata, kebenaran menyambut bulan Ramadan dan Syawal kali ini adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan setelah dua tahun negara dilanda virus berbahaya itu.
"Sebenarnya tidak beraya ni pernah berlaku masa (ketika itu) Ruffage tak balik kampung. Tengok bas tak ada tiket, zaman itu dah dapat rasa tak balik kampung, Jadi macam rasa teringat zaman-zaman dulu macam kita pergi perhentian Puduraya beli tiket bas, lepas tu tak ada tiket dan terpaksa naik bas lompat. Jadi sekarang ini rasa teruja nak beraya tu macam dulu" jelasnya dalam majlis pelancaran single 'OoTD Raya' di sini.
(OoTD Raya boleh didengari di platform Youtube)
Mengulas mengenai Single 'OoTD Raya', ia dicipta oleh Cat dengan kerjasama pengarah Ace Talent.
Jelas salah seorang ahli kumpulan Unknown Momo, kepercayaan dalam pembikinan melodi yang diberikan oleh Cat dianggap sebagai penghormatan buat mereka kerana masih baharu dalam industri seni.
"Sebenarnya ini peluang besar. Kami memang bangga sangat artis lama seperti Cat Farish bagi harapan kepada kami berlima ini untuk membuat lagu raya. Dan dan dia pun beritahu lagu ini baik dan dia bangga dengan kami. Jadi kami ni baru lagi jadi kata-kata daripada artis berpengalaman ni, kami amat hargai," kata Momo.
Jelasnya lagi single raya tersebut diyakini bakal mendapat tempat di hati pendengar masa kini kerana mempunyai keunikan tersendiri.
'OoTD Raya' nyanyian kumpulan Moleque, Unknowm, Cikidot (Zarol), Aliff Idham dan Al Farabi telah dilancarkan dan boleh didengari di platform Youtube bermula Jumaat lalu.