fb fb fb fb fb

Bunga Citra Lestari bertemu peminat Malaysia September ini

Foto FB Bunga Citra Lestari -BCL-

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), kembali menghangatkan pentas Malaysia pada 27 September ini.

Menerusi konsert ‘BCL: Eternal Love–Timeless Romance’, ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menurut BCL, konsert itu merupakan peluang yang telah lama dinantikan beliau untuk bertemu peminat Malaysia yang tidak pernah lelah serta sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak lebih sedekad lalu.

Konsert berkenaan mengetengahkan tema cinta, selari dengan imej dan karya-karya BCL yang sarat dengan emosi.

Antara lagu yang akan dipersembahkan BCL dalam konsert itu termasuk “Cinta Sejati”, “Cinta Pertama (Sunny)”, “Karena Ku Cinta Kau”, “12 Tahun Terindah”, serta single terbaharunya, “Memulai Kembali”.

Kali terakhir BCL mengadakan konsert solo di Malaysia ialah pada 2023, menerusi 'Blossom Intimate Concert'.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM