fb fb fb fb fb

Britney Spears hamil anak ketiga

FOTO AFP

LOS ANGELES, 12 April- Artis Pop Hollywood, Britney Spears mengumumkan dia hamil anak ketiganya, pada Isnin lima bulan selepas hakim menamatkan penjagaan kontroversi yang dikatakan menghalangnya daripada mempunyai lebih banyak anak.

"Saya membuat ujian kehamilan dan saya dapati, saya sedang mengandung," kata penyanyi berusia 40 tahun itu di Instagram.

Hakim Los Angeles pada November membubarkan konservator atau "penjagaan" daripada bapa Britney,yang mengatakan penyanyi itu telah dihalang daripada mengeluarkan IUD perancang walaupun dia mahukan lebih banyak anak.

"Saya berfikir, apakah yang telah berlaku dengan perut saya?, tulis Britney yang mula merujuk pasangannya Sam Asghari, 28 tahun sebagai suami, pada awalnya menganggap ia adalah hanya disebabkan makanan.

Malah, Britney turut terkejut dengan perkembangan kandungannya yang dikatakan membesar dengan pantas sekali gus merasakan ia adalah kembar.

Selepas kontroversi pada 2007 yang menyaksikan Britney menyerang kereta paparazzi di stesen minyak, bintang pop itu diletakkan di bawah jagaan konservator iaitu bapanya Jamie Spears, yang akhirnya bertahan selama 14 tahun.

Peminat telah lama menyuarakan kebimbangan bahawa penyanyi "...Baby One More Time" itu tidak berpuas hati dengan bapanya sebagai penjaga, dan pada Jun 2021 dia meminta hakim Los Angeles untuk menamatkan perjanjian undang-undang yang telah menyebabkan dia "trauma."

Britney mendakwa bapanya menghalangnya daripada menanggalkan IUD perancang, walaupun dia mahu mempunyai kuasa ke atas kaedah kawalan kelahirannya sendiri untuk hamil, lantas mencetuskan kemarahan kumpulan hak reproduktif dan peminatnya, yang kebanyakannya sudah terlibat. dalam gerakan #FreeBritney.

"Saya ingin bergerak ke hadapan secara progresif, dan saya mahu mendapatkan perjanjian sebenar," Britney memberitahu mahkamah dalam perbicaraan musim panas lalu.

"Saya ingin berkahwin dan mempunyai bayi. Saya mempunyai (IUD) dalam diri saya supaya saya tidak hamil. Mereka tidak mahu saya mempunyai anak - anak lagi," katanya semasa kenyataan 20 minit yang tegang.

Penamatan rasmi penjagaan atau konservator pada November 2021 berlaku selepas bapa penyanyi pop itu, Jamie Spears disingkirkan daripada haknya untuk menjaga kewangan dan harta pusaka Britnye pada perbicaraan pada September.- AFP


(Britney Spears dan pasangannya Sam Asghari / AFP)

Media Baharu