fb fb fb fb fb

Bintang K-pop BTS, Jin jalani khidmat tentera

(Jin, 29, akan berkhidmat selama dua tahun, yang membawa makna dia tidak
akan membuat sebarang penampilan bersama BTS sepanjang tempoh itu/FOTO FB Kmania)

SEOUL, 18 Oktober- Anggota kumpulan K-pop, BTS akan menjalani latihan wajib perkhidmatan tentera, didahului anggota paling tua, Jin.

"Semua anggota BTS juga akan menjalani latihan berkenaan seperti dijadualkan," kata agensi kumpulan berkenaan, HYBE.

Ini bermakna, Jin, 29, akan berkhidmat selama dua tahun, di mana dia tidak akan membuat sebarang penampilan bersama BTS sepanjang tempoh itu.

"Jin akan membatalkan permintaan untuk menangguhkan pendaftaran pada akhir Oktober 2022 dan mengikuti prosedur berkaitan Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera.

"Kedua-dua syarikat dan ahli BTS tidak sabar untuk berkumpul semula sebagai sebuah kumpulan semula sekitar 2025 berikutan komitmen perkhidmatan mereka," kata Bighit Music milik HYBE, yang menguruskan BTS, dalam satu kenyataan berasingan.

Semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan berumur antara 18 dan 28 wajib mejalani latihan tentera antara 18 hingga 21 bulan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempertahankan keselamatan negara, termasuk dari Korea Utara.

(BTS bergambar di atas permaidani merah ketika mereka menghadiri Anugerah Grammy Tahunan
ke-64 di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas, Nevada, AS April lalu/REUTERS)

Peserta dari beberapa kategori, telah mendapat pengecualian, atau menjalani tempoh lebih singkat, termasuk pemenang pingat Sukan Olimpik dan Sukan Asia serta pemuzik dan penari klasik yang memenangi hadiah utama pada pertandingan tertentu.

Beberapa penggubal undang-undang telah menggesa BTS dikecualikan.

BTS yang berehat daripada sebarang aktiviti seni sejak Jun lalu untuk meneruskan projek solo, menimbulkan persoalan tentang masa depan kumpulan itu.

Bagaimanapun Sabtu lalu, mereka bersatu semula untuk mengadakan konsert percuma di bandar Busan bagi menyokong usaha Korea Selatan untuk menganjurkan Ekspo Dunia 2030 di bandar pelabuhan itu. -REUTERS

Media Baharu