fb fb fb fb fb

BFM manfaatkan sains sukan untuk kurangkan risiko kecederaan

(Raja Mohammad Firhad ketika ditemui wartawan selepas latihan di Shah Alam)

SHAH ALAM, 7 Mac - Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) memanfaatkan sepenuhnya aplikasi sains sukan bagi meningkatkan mutu latihan pasukan dan mengurangkan risiko kecederaan.

Jelas Ketua Sains Sukan dan Prestasi BFM, Prof Madya Dr Raja Mohammad Firhad Raja Azidin, pihaknya menggunakan sistem ‘timing gate’ dan kerja mengumpul data telah dilakukan sejak 3 minggu lalu.

(‘timing gate’ yang digunakan Persekutuan Besbol Malaysia bagi mengumpul data)

Menerusi sistem berkenaan, setiap atlet lelaki dan wanita akan dinilai untuk mengenal pasti tahap daya tahan menerusi perisian analisis biomekanik dan risiko kecederaan.

Tumpuan diberi kepada melihat faktor kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di bahagian lutut.

Jelas Dr Raja Mohammad Firhad, kecederaan ACL antara kecederaan paling lazim dalam kalangan atlet yang banyak memendekkan tempoh kerjaya mereka sebagai ahli sukan.

"Satu untuk kenal pasti mereka punya risiko nombor dua untuk kita melaksankan intervensi, jadi jika kita mengetahui ada pemain yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kecederaan jadi kita boleh menjalankan pelan pencegahan kecederaan.

"Jadi kita boleh merendahkan lagi risiko mereka untuk kecederaan tersebut," kata Dr Raja Mohammad Firhad ketika ditemui selepas latihan, di sini.

Dengan pelaksanaan ujian tersebut, jurulatih dapat merangka pelan latihan yang lebih sistematik bagi meningkatkan prestasi atlet besbol.

 

Media Baharu