BEIJING, 6 Mac - Atlet paralimpik Rusia yang dijadual menyertai Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022, berlepas pulang ke Moscow pada Ahad.
Menurut agensi berita Rusia (TASS), seramai 71 atlet tersenarai untuk menyertai temasya sukan itu termasuk 33 atlet ski rentas desa dan biathlon, hoki ais sledge (17) dan ski Alpine (10).
(suasana di Beijing, China/GOOGLE)
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Rabu memaklumkan bahawa atlet Rusia dan Belarus dibenarkan menyertai temasya itu dengan ‘status neutral’.
Bagaimanapun, pada Khamis IPC mengubah keputusan itu dan melarang atlet paralimpik Rusia dan Belarus mengambil bahagian.
Menurut Jawatankuasa Paralimpik Rusia (RPC), bawah peraturan IPC keputusan itu tidak boleh dicabar di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).