fb fb fb fb fb

Bell Ngasri terharu terima hadiah kereta mewah

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH), Bell Ngasri menerima hadiah sebuah kereta mewah Mini Cooper jenis Clubman bernilai RM200,000 daripada DTC Motors Sdn. Bhd.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 43, berkata beliau tidak menyangka akan menerima hadiah sebuah kereta sebagai penghargaan kepada perjalanan karier seninya selama ini.

(Bell tidak menyangka menerima sebuah kereta mewah, Mini Cooper Clubman
bernilai RM200,000)

"Jadi penglibatan saya selama 37 tahun itu sedikit sebanyak membantu kepada apa yang saya kecapilah untuk Anugerah Bintang Popular, dapat kereta dan saya rasa mereka menghargai daripada awal perjalanan karier seni saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas acara penyerahan kereta itu, di sini.

Kereta tersebut telah disampaikan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motor Sdn. Bhd, Afendy Wahid.

Tambah Bell, dia juga tidak menyangka akan menerima hadiah seperti ini memandangkan telah menerima hadiah daripada penganjur sebelum ini.

Media Baharu