fb fb fb fb fb

Armada Band adakan konsert di KL, dendangkan 15 lagu

Armada mendendangkan 15 buah lagu termasuk lagu-lagu popular, antaranya Asal Kau Bahagia, Harusnya Aku dan Penantian.

KUALA LUMPUR, 3 November- Armada Band menjayakan konsert sulungnya di ibu negara, Ahad lepas.

Konsert tersebut sebagai penghargaan buat para peminat yang mengikuti perjalanan karier seni Armada Band.

Vokalisnya, Rizal berkata Armada Band sebelum ini terpaksa membatalkan konsert di Malaysia bagi memberi laluan kepada pilihan raya pada 2018.

"Alhamdulillah terima kasih rakan-rakan dan peminat di Malaysia kerana terus menyokong kami. Disebabkan peminat, kami dapat mencipta nama di TikTok, YouTube dan Instagram," kata Rizal kepada pemberita di sini.

Armada mendendangkan 15 buah lagu antaranya Asal Kau Bahagia, Harusnya Aku dan Penantian.

Hampir 2,500 peminat Armada membanjiri Zepp Kuala Lumpur untuk menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh SK One Ventures itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM