SELANGOR, 5 Februari - Bintang legenda yang terkenal dengan lagu jazz dan keroncong sejak era 1960-an Datin Paduka Julie Sudiro selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor pada pukul 3.00 petang tadi.
Allyarham berusia 80 tahun, meninggal dunia pada pukul 9.30 malam semalam di Hospital UiTM Puncak Alam, Selangor
(Allahyarham Julie Sudiro)
Kelihatan rakan-rakan seperjuangan artis hadir ke majlis pengebumian itu.
Allahyarham lebih dikenali sebagai ibu dalam industri seni kerana Allahyarham banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam industri seni terutamanya dalam nyanyian.
"Sebenarnya bukan sahabat baik, dia seperti kakak sendiri, kita banyak belajar dengan dia, dia pun banyak tunjuk ajar, ada masa dia garang tapi orangnya memang senang untuk bergaul senang untuk bercampur semoga rohnya ditempatkan para solihin," kata Datuk Yusni Hamid
"Kalau hendak ceritakan kenangan kami sangat lama dan jauh, kita bermula dari keberadaan dia pada zaman awal dunia hiburan, masa berjinak-jinak dulu, zaman popular Datin Julie Sudiro, jadi dia kita anggap macam ibu kita lah dalam dunia hiburan,"kata Datuk M.Nasir
"Penglibatan al-marhumah bukan sahaja pertengahan usia mereka, tetapi belasan tahun lagi, itu yang dapat saya khabarkan, beliau merupakan insan seni yang banyak menabur bakti dalam industri seni tanah air dan bila usia almarhumah Datin Juli ini sudah pun nampak berusia, sebagai seorang ibu dia banyak memberikan nasihat walaupun kami, saya, Datuk Nasir, Datuk Dave, Datuk Nancy Fu, Datuk Yusuf Haslam merasakan ini lah satu legenda yang sukar dicari ganti," kata Datuk Nash.
Allahyarham Datin Paduka Julie Sudiro atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro, adalah penyanyi popular era 60-an dan dikenali sebagai Diva Jazz tanah air serta negara jiran, Singapura.
Antara lagu-lagu hit yang dibawakan Allahyarham ialah Lambaian Kanda, Seruling Malam dan Bunga Sakti.