fb fb fb fb fb

Akim & The Majistret bakal 'rampas' Kuala Lumpur

20 lagu bakal dipersembahkan sepanjang konsert

KUALA LUMPUR, 15 Mei - Akim & The Majistret bakal mengadakan konsert solo pertamanya bulan depan.

Konsert berjudul 'Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur' itu menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat.

Pemilihan tajuk konsert diilhamkan daripada lagu hit mereka, 'Rampas', yang menjadi simbol kekuatan, keberanian dan keaslian muzik kumpulan berkenaan.

Sekali gus, menyerlahkan semangat perjuangan Akim & The Majistret dalam menawan pentas utama industri muzik Malaysia.

Peminat akan dihiburkan dengan persembahan 20 lagu sepanjang konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, di sini

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR