fb fb fb fb fb

AJL 36: Punca 'berpelukan', tujuh individu termasuk penganjur dikompaun RM7,000

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Tujuh individu termasuk penganjur majlis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) dikompaun RM7,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, pihak polis mengesan tindakan sekumpulan individu berpelukan itu melalui gambar yang dimuat naik sebuah portal berita.

“Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut dan kesalahan dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa 4

"Semua individu berkaitan dipanggil bagi membantu siasatan kesalahan ketidakpatuhan SOP Fasa 4 PPN iaitu tiada penjarakan fizikal sebelum tawaran kompaun RM1,000 dikeluarkan  kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan.

(Tangkap layar individu berpelukan semasa AJL 36 berlangsung, pada Ahad)

Menurutnya, mereka dikompaun mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak COVID-19.

Media Baharu