(Kesemua artis dan penyampai Selangorfm mendendangkan lagu Saya Anak Malaysia di akhir konsert)
KAJANG, 28 Ogos- Kira-kira 5,000 pengunjung memeriahkan Konsert Merdeka Selangorfm X MPKJ di Stadium Kajang, malam tadi.
Ia dianjurkan oleh Selangorfm bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.
Konsert ini bermula dengan persembahan teater kemerdekaan melibatkan pelajar ASWARA iaitu N-Pronogist yang bertajuk 'Bukan Melukut di Tepi Gantang'.
Persembahan teater diadakan berselang seli dengan persembahan artis jemputan.
Antara artis yang terlibat ialah Ameng Spring, Datin Alyah dan Shafie Rio.
(Penyanyi, Datin Alyah tampil menghiburkan penonton dengan lagu 'Thank You' Allah)
Selain itu, konsert turut menampilkan Apex Tajuddin, Usop, Luqman Faiz dan Fieya Julia.
Turut hadir memeriahkan konsert ini, Yang Dipertua MPKJ, Najmuddin Jamien dan Pengarah Penyiaran Selangor, Noriza Salleh.
Konsert diakhiri dengan persembahan penutup lagu Saya Anak Malaysia dan pertunjukan bunga api.