fb fb fb fb fb

Anwar dan isteri hadir meriahkan Konsert Kepci Music Fest

(FOTO BERNAMA)

SHAH ALAM, 26 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hadir ke KEPCI Music Fest 2023. 

Konsert yang julung kali dianjurkan itu bagi meraikan ulang tahun ke-50 francais makanan segera itu. 

Sejurus tiba Anwar sempat beramah mesra bersama barisan artis yang bakal membuat persembahan.

Konsert berkenaan menampilkan penyanyi terkenal tanahair negara, antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search dan Misha Omar.

Selain itu, artis-artis baharu seperti Yonnyboii, MK (K-Clique), dan Bunga turut memeriahkan konsert.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/FOTO BERNAMA)

Media Baharu