fb fb fb fb fb

“KONSERT ORTM PITA MERDEKA”, 31 Ogos semarakkan malam merdeka di TV1

"KONSERT ORTM PITA MERDEKA", diterbitkan Orkestra RTM bakal disiarkan secara langsung pada 31 Ogos, pukul 10 malam di TV1 dan RTMKlik.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Malam kemerdekaan bakal disemarakkan dengan persembahan istimewa menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang membawakan “Konsert ORTM Pita Merdeka” pada 31 Ogos ini, pukul 10 malam di TV1 dan RTMKlik.

Buat julung kali, Orkestra RTM tampil menerbitkan konsert bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dengan mengetengahkan semangat Malaysia Madani: Rakyat Disantuni menerusi muzik yang merentasi generasi.

Antara barisan artis yang bakal menghangatkan pentas ialah Nadeera, Amir Masdi, Liza Hanim, Aina Abdul dan Lah Ahmad, dengan iringan 32 pemuzik Orkestra RTM.

HI KONSERT MERDEKA 2

Konsert dua jam ini dibahagikan kepada lima segmen santai namun eksklusif, menampilkan susunan lagu baharu yang penuh inspirasi.

Penonton akan dibawa menghayati irama patriotik dan popular yang menyentuh jiwa, sekali gus membangkitkan rasa cinta kepada tanah air.

Lebih menarik, senarai lagu merentasi zaman bakal dipersembahkan termasuk Bahtera Merdeka, Ku Mohon, Tanah Pusaka, Warisan, Somewhere Over The Rainbow, Fatwa Pujangga, Standing In The Eyes Of The World, Berita Dari Rantau, Pahlawanku, The Impossible Dream serta Stand By Me.

Dengan konsep gubahan segar dan persembahan artis terbaik tanah air, “Konsert ORTM Pita Merdeka” dijangka menjadi antara persembahan wajib tonton pada malam penuh bersejarah ini.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN