
KATHMANDU, 30 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan tentera Nepal menghantar bekalan perubatan ke kawasan terjejas banjir, ketika angka korban melebihi 700 orang dan hampir 3,000 masih hilang.
RINGKASAN BERITA AI
- 2,246 dilaporkan hilang di Nepal; 554 lagi di Gyirong County, Tibet.
- Sekurang-kurangnya 540 mangsa adalah warga asing, kebanyakan jemaah Hindu dari India.
- Nepal meminta bantuan kepakaran antarabangsa untuk menyokong usaha pemulihan pasca bencana.
- Menteri Kewangan anggarkan keperluan pembinaan semula kira-kira AS$4 hingga AS$5 bilion.
Bekalan itu kemudian dibawa dari pusat pengumpulan di Kathmandu ke Nuwakot.
Daripada hampir 3,000 orang yang masih hilang, 2,246 dilaporkan hilang di Nepal, manakala 554 lagi di Gyirong County, Tibet.
Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 540 merupakan warga asing, kebanyakannya jemaah Hindu dari India.
Susulan bencana itu, Nepal turut meminta bantuan kepakaran antarabangsa bagi membantu usaha pemulihan.
Pada masa sama, Menteri Kewangan Nepal berkata kira-kira AS$4 hingga AS$5 bilion diperlukan bagi kerja pembinaan semula. – REUTERS