Ukraine puji peranan AS hentikan serangan tenaga

FOTO REUTERS

KIEV, 30 Januari – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, merakamkan penghargaan kepada Amerika Syarikat (AS) atas usaha membantu menghentikan serangan Rusia ke atas infrastruktur tenaga negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Zelenskiy menghargai peranan AS membantu menghentikan serangan terhadap infrastruktur tenaga Ukraine.
  • Ukraine berharap Washington dapat mencapai penyelesaian untuk menghentikan serangan tenaga sepenuhnya.
  • Krisis paling teruk di Kiev, dengan lebih 450 bangunan kediaman kehilangan bekalan pemanasan akibat serangan.

Menerusi video dikongsinya pada Khamis, Zelenskiy berkata Ukraine berharap Washington dapat mencapai penyelesaian bagi menamatkan serangan berkenaan.

“Saya menghargai usaha pihak AS dalam membantu menghentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga kami pada masa ini, dan kami berharap AS dapat memastikan perkara ini terlaksana.

“Hari ini, terdapat kenyataan daripada pihak AS. Keadaan sebenar di fasiliti tenaga kami dan di bandar-bandar, malam ini serta dalam beberapa hari akan datang, akan menunjukkan hasilnya,” katanya.

Beliau berkata keadaan paling mencabar masih tertumpu di ibu negara, Kiev, khususnya berkaitan masalah bekalan pemanasan.

Menurutnya, lebih 450 bangunan kediaman di beberapa daerah di Kiev masih terputus bekalan pemanasan, kebanyakannya akibat serangan ke atas infrastruktur tenaga. -REUTERS

ARTIKEL BERKAITAN: