Trump umum tarif hingga 100% ke atas import dron

Foto REUTERS

WASHINGTON, 14 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif sehingga 100 peratus ke atas import dron tanpa pemandu dan komponennya, bagi mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap import dalam industri yang dikuasai China.

RINGKASAN BERITA AI
  • White House: keputusan dibuat atas alasan keselamatan negara.
  • Sebahagian besar tarif mula berkuat kuasa 3 September untuk sistem dron tertentu, termasuk berat berlepas melebihi 25 kilogram dan pengimej terma.
  • Dron saiz lebih kecil dikenakan tarif 25 peratus.
  • China balas dengan sekatan eksport dron ke AS dan menyenarai hitam enam syarikat; DJI kuasai lebih dua pertiga pasaran global.

Kenyataan White House menyebut, keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan negara.

Sebahagian besar tarif baharu itu akan mula berkuat kuasa pada 3 September, melibatkan import bagi sistem pesawat tanpa pemandu tertentu, termasuk yang mempunyai berat berlepas melebihi 25 kilogram, serta dilengkapi keupayaan berkaitan keselamatan negara seperti pengimej terma dan stesen dok.

Dron yang lebih kecil pula dikenakan tarif sebanyak 25 peratus.

“Tarif berkenaan akan menggalakkan peningkatan pengeluaran dalam negara bagi dron dan komponennya, serta mengurangkan kebergantungan terhadap rantaian bekalan asing,” menurut kenyataan itu.

Syarikat China, DJI yang ditubuhkan pada 2006 menguasai lebih dua pertiga pasaran dron global dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Minggu lalu, China mengumumkan sekatan terhadap eksport dron ke AS, serta menyenarai hitam enam syarikat sebagai tindak balas terhadap sekatan perdagangan yang dikenakan Washington berhubung isu buruh paksa dan kebimbangan keselamatan negara.

Tindakan itu dibuat beberapa hari selepas Washington mengenakan tarif baharu ke atas China dan 59 negara lain. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.