Trump ugut Cuba segera capai perjanjian

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.-Foto Reuters

WASHINGTON, 12 Januari – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus menggesa Cuba untuk membuat perjanjian bersama Washington sekiranya tidak mahu dikenakan sekatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump memberi kata dua kepada Cuba untuk bersetuju perjanjian atau AS akan menyekat bekalan bahan bakar dan aliran kewangan.
  • Diaz-Canel menolak tekanan itu, menegaskan kedaulatan Cuba dan kesediaan mempertahankan negara hingga titisan darah terakhir.
  • Bruno Rodriguez menegaskan hak Cuba untuk mengimport bahan api dari mana-mana pengeksport tanpa campur tangan AS.

Trump menerusi laman sosial ‘Truth Social’ miliknya memberi kata dua kepada Havana untuk bersetuju dengan perjanjian atau AS akan menyekat kemasukan bahan bakar dan aliran kewangan ke Cuba.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perjanjian yang perlu dipatuhi Havana.

Kenyataan Presiden AS itu menimbulkan kemarahan Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel.

Diaz-Canel menegaskan, Cuba adalah negara bebas dan tiada siapa yang akan mengawal dan menentukan tindakan yang perlu diambil.

Beliau turut mengatakan penduduk pulau Caribbean itu bersedia untuk mempertahankan tanah air hingga ke titisan darah terakhir.

Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez juga memberi penekanan bahawa negara itu berhak untuk mengimport bahan api daripada mana-mana pengeksport, tanpa campur tangan atau tunduk kepada langkah-langkah paksaan unilateral AS.

Havana bergantung sepenuhnya dengan bahan bakar dari Venezuela, hasil perjanjian bersama bekas presiden negara itu, Hugo Chavez.-AFP